S A H A B A T

Kelahiran KekasihNya ~


‎"Pada malam Aminah melahirkan bayinya, saya
berada di halaman rumahnya. Saya lihat rumah itu
bermandikan cahaya. Bintang-bintang seperti
sangat dekat, hingga saya bimbang sekiranya
bintang itu jatuh di atas kepala saya," kata Fatimah
al-Thaqfiyah, jiran yang juga sahabat baik Aminah.

Menurut Fatimah al-Thaqfiyah lagi, apabila dia
masuk ke dalam rumah Aminah, dilihatnya
keadaan dalam rumah itu juga terang benderang.
Dia hairan melihat Muhammad. Biasanya bayi yang
baru lahir terlentang, tetapi Muhammad lahir dalam
keadaan tertiarap, kepalanya mendongak ke langit,
jari-jarinya terangkat-angkat seolah-olah sedang
mengucapkan sesuatu, matanya juga merenung
ke langit, seolah-olah ada benda yang
dipandangnya.

Kisah keganjilan Muhammad itu menarik perhatian
jiran tertangga. Mereka datang ke rumah Aminah
bagi melihat bayi yang dikatakan luar biasa itu.
Akhirnya orang ramai tidak putus-putus
mengungjungi rumah Aminah. Keadaan rumah itu
juga tiba-tiba sahaja berubah. Rumah yang tidak
bermaya selama ini, tiba-tiba sahaja berseri-seri
dipandang serta menjadi tumpuan orang ramai.

Hijrah : Permulaan Sebuah Kegemilangan , Abdul Latip Talib.

No comments:

SHout



All right reserved by me @ Copyright protected Blog Rahsia Pelangi Edited by Caersasuke