S A H A B A T

Lihat , Baca , Dan Hayati .

Assalamualaikum blogger kacak lagi kiut semua . Semoge kite semua sentiase dibawah lindungan Allah .

Andai kau tahu .

Assalamualaikum blogger kacak lagi kiut semua . Semoge kite semua sentiase dibawah lindungan Allah .
Hawa,
Andai kau tahu,
Allah telah memuliakan dirimu,
Dengan menyuruh kamu menutup seluruh perhiasan di tubuhmu,
bagai permata yang dilitup jitu.

Hawa,
Allah menyuruh kamu menundukkan pandanganmu,
mengangkat hanya sebatas yang perlu,
Dia juga menyuruh kamu untuk memelihara suaramu,
bak artis yang dibayar beribu.

Hawa,
Allah muliakan kamu,
Bukan calang-calang orang boleh menyentuhmu,
bak permaisuri di takhta,
bukan sembarangan boleh dicacat cela,

Hawa,
Allah juga mengangkat darjatmu,
Dengan menyuruh kamu menjaga pergaulanmu,
Kerna Allah tahu,
Dikau mampu menggoyah iman sang adam,
Dipeliharanya kamu,
Untuk adam terbaik,
untuk jejaka terpilih,
untuk mujahid idaman.

Hawa,
Adakah kau mahu?
Darjatmu yang diangkat sedemikian tinggi oleh Ar-Rahman. . .
tercalar dek nafsu dan mahumu?

Hawa,
Allah sayangkan kamu..
Allah sayangkan kamu..
Allah sayangkan kamu..
Tidakkah kamu merasa bahawa Allah sedang memerhatikan kamu..
Setiap masa..menjaga kamu...

Sebenarnya ...

Assalamualaikum blogger kacak lagi kiut semua . Semoge kite semua sentiase dibawah lindungan Allah .
"Jika tidak menagih simpati padaMu Ya Allah...." :(

Tuhan...hadiahkanlah kasihMu kepadaku...
Tuhan...kurniakanlah rinduku kepadaMu...

Moga ku tahu syukurku adalah milikMu...

kredit : Muhammad rusydi

Doa Nabi Nuh

Assalamualaikum blogger kacak lagi kiut semua . Semoge kite semua sentiase dibawah lindungan Allah
1. Mohon tempat yang selamat untuk berlindung . Untuk cerita Nabi Nuh a.s., mohon selamat mendarat.

2. Mohon dilindungi dari murka Allah . Nabi Nuh a.s. ada merayu pada Allah untuk anaknya:

"Dan Nabi Nuh merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu dari keluargaku sendiri dan bahawa janjiMu itu adalah benar dan Engkau adalah sebijak-bijak Hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya."

Allah berfirman:
"Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana dia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil." (Surah Hud ayat 45-46)

pinjaman : Muhammad Rusydi

Allah . . .

Assalamualaikum blogger kacak lagi kiut semua . Semoge kite semua sentiase dibawah lindungan Allah .
Anda nak berubah, tapi tiada semangat?
Anda nak jadi baik, tapi perlukan motivasi?
Anda nak jadi soleh-solehah, ada niat sahaja tapi tiada kekuatan?

Apa susah ?
Minta direct kepada Allah: Kekuatan, semangat dan motivasi.
DIA ada semua tu.
pinjaman : Muhammad Rusydi

Sahabat Rasullullah

Assalamualaikum blogger kacak lagi kiut semua . Semoge kite semua sentiase dibawah lindungan Allah .
Nama nama hebat yang mewarnai sirah Rasulullah , sahabat sahabat Rasulullah yang dijamin syurga kerana jasa dan pengorbanan yang banyak dalam menyebarkan Islam . kepercayaan mereka terhadap dakwah Rasulullah, dan keimanan yang menggunung dan keyakinan yang tidak berbelah bagi kepada Allah dan agama tauhid ini walaupun teruk diseksa agar kembali kepada jahiliyyah membuatkan sahabat sahabat Rasulullah ini dijamin syurga .

terdiam sebentar .
tersentap 
layakkah kami , umatmu di zaman ini menemuimu di syurga kelak ya Rasullullah yang dicintai Allah ?
kadang kadang mengamalkan sunnahmu juga terlupa T__T . Kadang kadang terlalai dengan segala sunnahmu Ya Rasullullah . astagfirullahalazim .

"Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah SWT, ikutilah aku, nescaya Allah Mengasihi dan Mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.Katakanlah, "Taatilah Allah dan RasulNYA, jika kamu berpaling, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir."

(Surah Ali Imran ayat 31 & 32)

150 Juta Kali

Assalamualaikum blogger kacak lagi kiut semua . Semoge kite semua sentiase dibawah lindungan Allah .

Qaza' Adalah Haram

Assalamualaikum blogger kacak lagi kiut semua . Semoge kite semua sentiase dibawah lindungan Allah .
Ada tak kawan-kawan kita yang buat style rambut macam ni taak ? Kalau tak cukup berani untuk tegur secara direct , share jaa gambar nie dekat wall facebook kaa , letak kaa dekat blog atau dekat mane mane yang kawan kawan kita boleh nampak . Supaya mereka akan terpandang dan insaf . Kita jangan cepat menghukum mereka itu kafir , sebab kita hanya manusia biasa yang tiada hak untuk menghukum manusia itu sendiri , tapi anggaplah mereka tidak tahu dan ianya menjadi tugas kita untuk memberitahu mereka. :) "samapaikan lhaa ilmu walaupon sepotong ayat" :)  


"Sesungguhnya Rasulullah SAW menegah daripada melakukan QAZA' (mencukur sebahagian daripada rambut kepala)" - HR Bukhari dan Muslim

Wanita Dan Aurat

Assalamualaikum blogger kacak lagi kiut semua . Semoge kite semua sentiase dibawah lindungan Allah .
Entry ain kali nie tidak ada kene mengene dengan sesiapa , sekadar untuk berkongsi apa yang ain tahu dan ape yang sepaptut nye kita sebagai wanita lakukan sebagai muslimah islam . Bukan hendak menyindir @ perli sesiapa , sama ada kawan blog , facebook mahukan dekat manemane yang bukak blog ain nie . Entry nie sekadar untuk kita samasam ubah diri kita jadi yang lebih baik dan terbaik di hadapan Allah . Walau ada dikalangan muslimah islam berniqab , ta bererti niqabis sempurna dan tidak melakukan dosa . Niqab bukan lah untuk melawa atau pakai sekadar cantik , tapi untuk dari fitnah dunia . Kita kadang kadang lalai dengan fitnah duniawi . Contoh :
"Lelaki : Awak cantik laah dengan pakaian awak macam nie , make up awak nampak awak lebih cantik , mate awak menawan tertawan lha" .

Wahai kaum hawa , jangan terpedaya dengan hasutan syaitan dan emosi , INGAT , lawa dan cantik kita di dunia bukan laah milik kita . macam contoh yang ain bagi dekat atas tue , dengan hanya satu pujian kaum adam dah menjadi fitnah kepada kaum hawa . Kepada keluarga tersayang dekat luar sane dan juga untuk diri ain sendiri , kita tak tahu bila datangnya malaikat maut untuk menjemput kita balik ke tempat asal kita . Selagi allah taak tarik 2 nikmat terbesar dalam hidup kita , iaitu Nikmat Iman dan Nikmat Islam . Sama-sama kita sedar akan kesilapan dan kelalaian yang telah kita lakukan dekat dunia nie . Jangan sampai allah tarik satu satu nikmat yang telah dia kurniakan untuk kita di dunia ini . 

Untuk kaum adam , jagalah permandangan anda , jaga nafsu dan emosi anda , jangan kerana anda kaum hawa dicampakkan  ke dalam neraka , Nauzubillah .

Asma’ bint Abi Bakr datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya). (Riwayat Abu-Dawud

 Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)

KALAU TAK SUKA, PULANGKAN !!

Assalamualaikum blogger kacak lagi kiut semua . Semoge kite semua sentiase dibawah lindungan Allah .

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.

“Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.

“Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.
“Fail saya kat depan tu mana?”
“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”
“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.
Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

—————————————————————————-

Saya nak ke out station minggu depan.”
“Lama?” Soal Laila.
“Dalam seminggu.”
“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”
“Budak-budak? “
“Ikut jugalah.”
“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu..”
“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila.

Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.”
“Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad!

Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”
“Manalah saya ada masa..”
“Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya.
“Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.
Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..
“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”

———————————————————————————-

Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.
“Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
“Awak masak apa?”
“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”
“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.
“Keluar!”
“Mama dah masak Pa!”
“Awak saja makan!”
“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.
“Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.
“Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.”
“Abang tak suka tengok papa marah-marah. .”
“Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris.Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
“Laila..” serunya
“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
“Sunyi pulak rumah ni mak,”
“Lama-lama kau biasalah.”
Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

———————————————————————————-

Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”
“Tak ada lah?”
“Ingat papa ni cop duit?”

Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.
“Awak tak sihat ke?”
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan
“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

—————————————————————————

Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.”
Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.

Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.
“Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.
“Abang!”
“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk.
“Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.”
Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.
“Laila”

—————————————————

Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”
“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
“Ikut boleh?”
“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
“Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”
“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “
“Papa pesanlah..”
“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.
“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”
“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”
Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”
“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.”
“Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk
“Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.
Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.

Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam..
Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil.Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..

Kalau tak suka pulangkan,”
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.

Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan…….


"Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salji & kesejukan & air yang sejuk.
Ya Allah, bersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada kekotoran."

10 WASIAT IMAM SYAFI'I SEBELUM WAFAT

Assalamualaikum blogger kacak lagi kiut semua . Semoge kite semua sentiase dibawah lindungan Allah .
Sebelum Imam Syafi'i pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan ummat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

1. HAK KEPADA DIRI ;

 Mengurangi tidur, mengurangi makan, mengurangi percakapan (yang tidak bermanfaat) dan menerima dengan ikhlas dengan rezeki yang ada.

2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT ; 

Mengqadhakan(ganti) kewajiban-kewajiban yang tertinggal , mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3. HAK KEPADA KUBUR ; 

Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR ; 

Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5. HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) ; 

Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6. HAK KEPADA SIRATH (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) ; 

Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7. HAK KEPADA MALAIKAT MALIK (PENJAGA NERAKA) ; 

Menangis sebab takut kepada Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

8. HAK KEPADA MALAIKAT RIDHWAN (PENJAGA SYURGA) ; 

Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala , bersyukur atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9. HAK KEPADA NABI MUHAMMAD SAW ; 

Selawat atas baginda, berpegang dengan syariat bergantung kepada As-Sunnah (Hadits), menyayangi para sahabat dan berlumba-lumba dalam mencari keredhaan Allah.

10. HAK KEPADA ALLAH SWT ; 

Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

Banyak Kali dah bertunang kod ?

Assalamualaikum blogger kacak lagi kiut semua . Semoge kite semua sentiase dibawah lindungan Allah .
Soalan:
Adakah dikira sah bertunang hanya dengan lafaz persetujuan di antara pasangan lelaki dan perempuan?
Ustaz Azhar Idrus:

Telah sah dan memadai bila si lelaki mengatakan dia hendak mengambil perempuan itu samada sebagai isteri, wife, bini, suri rumah, atau seumpamanya, manakala si perempuan pula memberi kata setuju. Maka haram lah orang lain masuk meminangnya, kecuali jika mereka tidak tahu.

Rombongan meminang itu cuma adat sahaja. Itu tidak salah, KECUALI bila melanggar peraturan syarak atau kerana mengikut-ikut adat agama lain. Contoh menghantar gubahan sirih junjung itu asalnya adat hindu. Haram kita tiru kecuali pihak perempuan itu memang makan sirih!

Malah, NIKAH KAHWIN yang lebih berat dari pertunangan pun SAH hanya dengan LAFAZ, bila cukup syarat-syarat rukunnya, walaupun tengah beratur hendak ambil wang ehsan.

Contoh:

Si A mendukung anak perempuannya yang masih kecil.
Si B kata: Comelnya anak ni, bagi saya bernikah dengan anak pakcik (Si A).
Si A kata: Ambil lah, saya setuju.
Kebetulan ada 2 orang lain dengar lafaz mereka. Mereka adalah saksi. Maka anak kecil tadi sudah sah menjadi isteri Si B.

Tapi walaupun dah sah jadi isteri, jangan pegi jimak pulak budak tu. Haram. Kena tunggu dia baligh dulu baru boleh serah dia kepada si suami.

Jadi, kalau nikah kahwin yang lebih berat pun sah dengan lafaz sahaja, bertunang lagi lah sah .

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tiga perkara yang jika dibuat bersungguh-sungguh ia akan menjadi sungguh, dan jika dibuat main-main pun akan menjadi sungguh, iaitu nikah, cerai dan rujuk."
(Hadis Riwayat: Abu Daud & Ibnu Majah)

‎7 Perangkap Semasa Menuntut Ilmu

Assalamualaikum blogger kacak lagi kiut semua . Semoge kite semua sentiase dibawah lindungan Allah .

1. Masih Mengenang Kegemilangan Lalu
Ramai penuntut di kolej/universiti adalah pelajar-pelajar cemerlang di sekolah menengah. Ini memberi mereka rasa selamat yang palsu. Mereka mungkin telah menjadi pelajar kesayangan guru dan pelajar cemerlang dalam kelas mereka tetapi apa yang mereka tidak sedar ialah apabila mereka masuk ke kolej/universiti, mereka sedang belajar dengan 200 lagi pelajar cemerlang. Mereka juga tidak sedar bahawa mereka sedang mempelajari subjek yang keseluruhannya baru yang mana mereka perlu mendapat bimbingan untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, jika pendekatan mereka silap, sukar bagi mereka untuk memahami apa yang mereka sedang pelajari.

2. Kejutan Budaya
Penuntut yang masuk ke kolej/universiti akan mengalami perubahan yang mendadak dalam budaya hidup dan budaya belajar mereka yang mana kini mereka hidup berjauhan daripada ibu bapa mereka atau disiplin ketat sekolah berasrama. Oleh kerana kehadiran ke kuliah tidak diambil maka tidak ada sesiapa pun yang tahu jika seseorang itu ponteng kuliahnya. Di sekolah atau pusat matrikulasi, semua yang perlu dipelajari oleh pelajar diberi oleh guru atau tutor. Sebaliknya di kolej/universiti, pensyarah bertugas membekalkan prinsip-prinsip asas dan ilmu pengetahuan teras yang perlu diperluaskan oleh penuntut-penuntut sendiri dan berkeupayaan menggunakan ilmu yang diberi.

Kejutan budaya yang mendadak ini menyebabkan ada penuntut-penuntut menghadapi kesukaran menyesuaikan diri mereka. Sekiranya keadaan ini tidak di tekankan kepada penuntut-penuntut dan menyediakan mereka bersedia terhadap kenyataan ini, kejutan budaya ini boleh menjejaskan prestasi mereka. Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah yang digunakan di kolej/universiti adalah sesuatu yang baru dan ia menggunakan kaedah pembelajaran terarah pada penuntut dan ia adalah amat berbeza daripada kaedah belajar di sekolah.

Situasi sebenar: Seorang penuntut yang baru masuk ke kolej/universiti diberi sebuah kereta dan telefon bimbit dan tinggal di pangsapuri bersama kawan-kawannya. Dengan budaya berkumpulan ini mereka keluar makan malam pada pukul 8 malam dan balik pada jam 10 malam, kemudian baru mula belajar. Mereka meneruskan rutin ini sehingga semua ahli dalam kumpulan ini gagal peperiksaan dalam peperiksaan tahun pertama. Selepas gagal percubaan mengulangi peperiksaan yang sama mereka terpaksa bertukar ke fakulti lain.

3. Memilih Atau Dipilih Oleh Rakan-rakan Yang ‘Salah’
Bercakap melalui pengalaman saya, saya dapati ramai pelajar yang cemerlang di sekolah tidak menunjukkan prestasi sebaik yang sepatutnya di universiti oleh kerana mereka bergaul dengan kumpulan rakan yang salah yang tidak tahu keutamaan dan matlamat penuntut kolej/universiti. Mereka suka dan teruja bertemu kawan-kawan baru dan menemui cara-cara baru menghabiskan masa berhibur sesama mereka terutama sekali apabila mereka mendapat banyak wang daripada ibu bapa kaya yang berfikir anak mereka akan mencapai prestasi yang baik jika mereka diberi segala-galanya.

4. Hilang Semangat
Ramai pelajar belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan semata-mata untuk masuk universiti. Malangnya, haluan masa depan kerjaya mereka selepas masuk ke universiti tidak difikirkan dulu atau dibincangkan dengan kaunselor sekolah. Setelah bertungkus-lumus untuk masuk ke universiti, mereka hilang semangat dan hilang motivasi untuk belajar.


5. Dipaksa Oleh Ibu Bapa Untuk Mengambil Jurusan Tertentu
Contohnya, bidang perubatan. Ada juga penuntut-penuntut yang tidak berminat dalam jurusan perubatan tetapi masuk ke kolej/universiti kerana dipaksa oleh ibu bapa mereka. Subjek-subjek perubatan tidak boleh dipelajari jika seseornag itu tidak berminat. Melalui pengalaman saya, saya pernah melihat pelajar yang sudah masuk tahun empat berhenti kerana mereka tidak dapat meneruskan dan terpaksa memulakan pengajian di fakulti lain.

6. Belajar Bersendirian
Sewaktu menuntut di kolej/universiti, belajar dalam kumpulan adalah sangat penting. Tiga sebab utama kenapa ada penuntut-penuntut tidak belajar dalam kumpulan:

Tidak mahu orang lain tahu tentang kejahilan mereka dalam subjek-subjek yang diambil
Takut berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan-rakan yang lain yang mungkin memperolehi markah yang lebih tinggi daripada mereka .


Melalui pengalaman saya, ramai penuntut yang tidak mendapat prestasi baik adalah mereka yang tidak mempunyai kumpulan belajar dan hanya berpuas hati duduk di perpustakaan berjam-jam lamanya dan membaca buku. Apabila mereka tidak lulus dengan baik dalam peperiksaan, mereka menjadi murung kerana tidak ada tempat mengadu. Keadaan ini menyebabkan mereka patah semangat dan hilang dorongan untuk belajar. Akhirnya berlakulah lingkaran ganas sebab dan akibat dengan mengakibatkan bertambah lagi kehilangan semangat mereka. Sebaliknya penuntut-penuntut yang ada kumpulan belajar lulus dengan lebih baik dan jika ada di antara mereka yang lulus tidak sebegitu baik, rakan sekumpulan akan cuba membantu mereka sebab kelemahan setiap ahli telah didedahkan semasa sesi perbincangan.

7. Terlalu Bersaing dan Tidak Bekerjasama
Keadaan ini lazim berlaku dikalangan penuntut-penuntut perempuan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan mereka adalah pelajar cemerlang di sekolah menengah atau pusat matrikulasi. Akibatnya, mereka mahu kekal menjadi pelajar cemerlang dan menjadi terlalu bersemangat serta cuba mendapat sebanyak ilmu pengetahuan yang boleh, tanpa memberi pertimbangan kepada orang lain. Masalah ini dijelmakan dalam salah satu atau semua tingkah laku berikut:

Berebut mendapat perhatian pensyarah
Bersikap mementingkan diri dan tidak rela berkongsi dengan orang lain nota- nota dan buku-buku yang baik yang diberi pelajar senior
Mengawal atau mendominasikan sesi makmal dan tidak beri peluang kepada orang lain menyertai membuat eksperimen
Menyembunyikan fakta yang mereka telah pelajari

Belajar di kolej/universiti diibaratkan seperti berperang. Kita tidak boleh melakukannya bersendirian. Kerja berkumpulan amat penting. Tidak ada siapa menjadi pesaing dan semua orang merupakan rakan seperjuangan. Semua ahli mesti berkongsi kelengkapan perang untuk memenangi peperangan dan memperolehi kejayaan bersama. Tidak ada kuota berapa orang patut dapat A di kolej/universiti. Hakikatnya, seorang rakan yang mendapat A tidak akan merampas peluang kita untuk mendapat A. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita mendapat. Dengan kata lain, lebih banyak kita memberi ilmu pengetahuan kepada rakan-rakan kita, berkongsi nota dengan mereka, lebih banyak mereka akan berkongsi dengan kita. Dengan itu dua tambah dua jadi lima, ini yang kita panggil SINERGI.
by PROF. DR. MUHAYA HJ MOHAMAD
BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR YANG BAIK DAN BERJAYA

Untuk Miss Pensil

Assalamualaikum blogger kacak lagi kiut semua . Semoge kite semua sentiase dibawah lindungan Allah .
سنة حلوة يا جميل 
سنة حلوة يا جميل 
! سنة حلوة يا جميل اختي مرسم 
سنة حلوة يا جميل
Nak cakap ape nie ? nak cakap ape niee ? arrghh . *sawan update blog pukul 4 pagi * . Okea lha , sebenarnye ain bukak fesbuk tady jumpe atok mark sekejap , tibetibe atok mark msg bgtaw hari nie bufday Cik Pensil , ain bkak laah fesbuk dia , nak tengok laah kan baby yang baru lahir kejap tadii . Tertibess rase nak update blog , dah alang alang kaan ! ape kate kite buat entry untukk beliau . hee ~ kan sweet gitu . 

Secara purata nya , ain tidaklah*cheh , skema* kenal rapat dengan beliau , pernah sembang namplohtujuh kali jaa , itu pon secare kebetulan beliau mintak no ain*okea , ain tipuu , toksah dok caye* , beliau selalu lepak dekat group Apakah , mase ain tengah ligat menceroboh group tue , ain kenal lhaa namploh ketol ahli group tue . hee , tapii taa rapat sebab jarang sangat nak membebel dalam group tuee :D , tapi dorang memang sprting habis wlaupon kadang kadang ade yang terasa kan , biase laah lumrah kawankwan kan :) .

Okea , Dikesempatan ini , ain selaku Princess Katak , ingin mengumun kan kelahiran kembar pemadam , adik pengasuh dan anak pembaris dan pensil box , yang kesploh , eh ! bukanbukan , yang ketiga . *ain bantaii jaa* semoga anda menjadi anak solhah dan dapat mendoakan ibu bapa anda kelak , insyaallah . Semoga awak sy anda semoga dapat mendekatkan diri dengan allah lebih dari sebelum sebelum nie . Aminn . meh nakk hadiah kan sikit cerita pasal pensil dengan pemadam yang taa mungkin dapat leraikan :) .
*************************************
Pensil : “Maafkan aku pemadam…”

Pemadam : “Maaf untuk apa Pensil?? Kamu tidak melakukan apa-apa kesalahan apapun kepadaku…”

Pensil : “Aku minta maaf kerana aku selalu membuatmu terluka. Setiap kali aku melakukan kesalahan, kamu selalu berada disana untuk membetulkan kesilapanku itu. Namun setiap kali kamu memadam kesilapanku itu,, kamu kehilangan sebahagian dari dirimu. Kamu akan menjadi semakin kecil…

Pemadam : “Perkara itu memang benar…Namun sedikit pun aku tidak kisah. Aku sememangnya tercipta untuk melakukan tugas ini. Diriku tercipta untuk membantumu pada bila-bila masa kamu melakukan kesilapan. Walaupun aku tahu, suatu hari nanti , aku akan pergi dan kau akan mengganti diriku dengan yang baru, namun aku bahagia dan gembira dengan perananku ini. Kamu jangan risau kerana aku tidak suka melihat dirimu bersedih. Aku berharap kau akan terus berjuang  dan tidak melupakan diriku ini , walaupon suatu hari nanti ak pergi , jangan sesekali kaw ulang kesalahan yang sama , kerana aku yakin kaw akan jadi yang terbaik suatu hari nanti :)”

Pensil : Terima kasih sahabat kerana sering ade , kala aku susah dan senang , kale ak suka dan duka . 

Kesilapan adalah sebuah langkah untukmu melakukan pembaharuan , dan jadikan kesilapan yang lalu itu sebagai laluan untukk awak terus dengan kebaikan . dan jangan sesekali awak lupe akan kesilapan tue , sebab bile awak lupe , taa mustahil awal akan ulang bende yang same . "orang yang bodoh ada lah orang yang sering melakukan kesalahan yang sama berkali kali" .
***********************************
Cerita nie sebenarnya ain pinjam dari google , tapi telah diolah dan di tunggang terbalik kan menjadi sebegini rupa , hee . kepada Cik pensil muhun jangan lupekan pemadam yea ? hee . Sanah helwah sekali lagi . Moga awak menjadi anak yang mampu bawak kedua ibu bapa ke syurga , Amiinnn ! 


SHout



All right reserved by me @ Copyright protected Blog Rahsia Pelangi Edited by Caersasuke