S A H A B A T

kerana cinta harus memilih



ya Allah..seandainya telah Engkau catatkan diakan menjadi teman menapaki hidupkusatukanlah hatinya dengan hatiku titipkanlah kebahagiaan diantara kami agar kemesraan itu abadidan . ya Allah..ya Tuhanku yang Maha Mengasihani , seiringkanlah kami melayari hidup ini ketepian yang sejahtera dan abadi tetapi ya Allah..seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku bawalah dia jauh dari pandanganku luputkanlah dia dari ingatanku ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku dan peliharalah aku dari kekecewaan serta berikanlah aku kekuatan melontar bayangannya jauh ke dada langit hilang bersama senja nan merah agarku dapat berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya . 


Ya Allah..yang Tercinta gantikanlah yang telah hilang tumbuhkanlah kembali yang telah patah walaupun tidak sama dengan dirinyaya Allah ya Tuhanku..pasrahkanlah aku dengan takdirMu sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku kerana Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hambaMu ini . 


Ya Allah..cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini jangan Kau biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat menjurus aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran . maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh amin ya Rabbal alamin"


aku mencintainya kerana agama yang ada padanya..jika hilang agama dalam dirinya maka hilanglah cintaku padanya.."(Imam Nawawi) 

No comments:

SHout



All right reserved by me @ Copyright protected Blog Rahsia Pelangi Edited by Caersasuke